Damai Homestay Wakaf Che Yeh

Damai Homestay Wakaf Che Yeh | Assalamualaikum dan selamat datang ke Damai Homestay Wakaf Che Yeh. Kami menawarkan tempat penginapan yang luas, strategik dan ekonomi bagi pengunjung yang ingin menginap di homestay kami.

Lokasi Kami

Damai Homestay Wakaf Che Yeh terletak di Lot 89-A Seksyen 62, Wakaf Che Yeh, kira-kira 5 kilometer dari pusat bandar Kota Bharu. Ianya telah dibuka pada 1 Jun 2011.

Lokasinya amat strategik kerana terletak BERHADAPAN dengan Pasar Borong Wakaf Che Yeh yang menjadi lokasi pelancong tempatan dan luar untuk membeli belah. Anda hanya perlu berjalan kaki tidak sampai seminit untuk membeli belah tanpa perlu memandu kenderaan anda!

Kemudahan terdekat


Pasaraya Ceria/7-Eleven
D' Klasik Kopitiam/OLDTown White Coffee
Mc'Donalds
Gimnasium
Bank Rakyat, Bank Islam, CIMB Bank, Easy RHB
Kedai makan yang banyak
Pejabat Pos
Pondok Polis
Deretan kedai untuk membeli belah




Kemudahan di Damai Homestay Wakaf Che Yeh

Berikut adalah antara kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk pelanggan kami semasa menginap di Damai Homestay Wakaf Che Yeh. Kami berusaha untuk meningkatkan kemudahan ini dari semasa ke semasa.

luas dan selesa untuk bilangan pengunjung yang ramai
5 bilik tidur, 2 ruang tamu, 3 bilik air, 1 ruang dapur
dilengkapi dengan Astro
internet WiFi percuma
ruang parkir kenderaan di kawasan rumah (berpagar)
kipas siling di setiap bilik
penghawa dingin (di bilik utama sahaja)
buaian untuk anak kecil
seterika, cerek elektrik, periuk nasi elektrik dan peti ais disediakan

Perhatian: Kami tidak menyediakan kemudahan dapur memasak untuk pelanggan kami atas sebab-sebab keselamatan disebabkan pernah terjadi kejadian dimana pelanggan cuai ketika menggunakan dapur memasak yang hampir menyebabkan kebakaran. Harap maklum.

Kadar sewa

Kadar sewa untuk sebuah rumah (homestay) dikira berdasarkan jumlah bilik yang diminta dan sesuai dengan bilangan pengunjung.

3 bilik = RM200
4 bilik = RM250
5 bilik = RM280

Kami tidak membuka ke semua bilik yang ada di dalam rumah ini. Jika bilangan pengunjung dalam 6-7 orang, kami akan membuka 3 bilik sahaja manakala bilik yang lain akan dikunci. Bayarannya adalah RM200.

Jika bilangan pengunjung agak ramai, anda boleh meminta untuk kami membuka 4 bilik atau kesemua bilik iaitu 5 bilik kesemuanya dengan harga RM280. Semuanya bergantung atas pilihan anda. Hubungi kami untuk keterangan lanjut.

Perhatian: Kami hanya menerima penyewa yang beragama Islam sahaja.

Galeri Gambar Damai Homestay Wakaf Che Yeh

Galeri gambar Damai Homestay Wakaf Che Yeh | Berikut adalah galeri gambar yang dirakamkan di Damai Homestay Wakaf Che Yeh untuk tatapan anda. Gambar-gambar akan dikemaskini dari semasa ke semasa.


Galeri foto Damai Homestay Wakaf Che Yeh









Hubungi Damai Homestay Wakaf Che Yeh

Hubungi Damai Homestay Wakaf Che Yeh | Bagi anda yang ingin bertanyakan soalan dengan lebih lanjut mengenai homestay kami ataupun ingin membuat tempahan penginapan di homestay kami, anda boleh menghubungi kami melalui matlumat di bawah.


Untuk membuat tempahan penginapan, anda digalakkan untuk membuat tempahan awal untuk mengelakkan sebarang masalah. Terima kasih.

Call/SMS/Whatsapp: 011-29480804 (Encik Faiz)
Facebook: Damai Homestay Wakaf Che Yeh
Google+: Damai Homestay Wakaf Che Yeh

Kredit foto: Google



Lokasi Damai Homestay Wakaf Che Yeh

Lokasi Damai Homestay Wakaf Che Yeh | Untuk mencari lokasi Damai Homestay Wakaf Che Yeh ini, anda tidak perlu risau kerana homestay ini terletak berhampiran Pejabat Pos Wakaf Che Yeh.

Disebabkan lokasi yang berhampiran dengan Pasar Borong Wakaf Che Yeh, anda disarankan untuk merancang kehadiran anda di sini sebelum pukul 6 petang disebabkan pada waktu tersebut jalan masuk ke sini mulai sesak dengan kehadiran peniaga dan pengunjung pasar malam.





Peta lokasi dan koordinat

Anda juga boleh merujuk kepada peta di bawah ini. Bagi anda yang mempunyai telefon pintar, anda boleh mencari kami di koordinat: ÜT: 6.088336,102.237512


Lihat lokasi Damai Homestay Wakaf Che Yeh dalam paparan besar.